Friday, October 30, 2009

Important steps and to do list

Persediaan Dokumen
Sediakan satu folder untuk anda menyimpan dokumen peribadi anda.
Sebaiknya sediakan dokumen dibawah:
• Salinan Kad Pengenalan (min 10)
• Salinan Surat Beranak (min 3)
• Salinan Surat Nikah Ibubapa (min 3)
• Salinan Kad Pengenalan wali(min 5)
• Gambar bersongkot/bertudung saiz pasport (min 5)
• Salinan Sijil Kursus pra perkahwinan (min 5)
• Perintah bertulis dari mahkamah mengenai wali hakim, poligami/ nikah
bawah umur dan lain-lain.
• Kebenaran kedutaan jika warga asing.
• Kebenaran majikan bagi anggota Polis dan Tentera.
• Surat Pengakuan bujang dari majikan (lelaki sahaja)
• Surat cerai, jika pernah berkahwin

Ujian HIV
Semua Jabatan Agama Negeri telah mewajibkan bakal pengantin untuk
menjalani Ujian Kesihatan HIV. Ujian mestilah dilakukan di Hospital Kerajaan
dan Klinik Kesihatan Kerajaan. Ujian di hospital dan klinik swasta TIDAK
diterima. Borang ujian boleh didapati di Pejabat Agama. Harga borang dalam
lingkungan RM5.00-RM10.00 setiap satu.
Keputusan ujian adalah SULIT. Sampul surat ujian hanya boleh dibuka oleh
Jabatan Agama Negeri sahaja.
Bagi individu yang keputusanya HIV POSITIF, nasihat dan kaunseling akan
diberikan.

Permohonan Kebenaran Berkahwin.
Terdapat banyak jenis Permohonan kebenaran berkahwin. Pastikan diri anda
dalam kategori yang betul. Jenis Permohonan seperti berikut.
Perhatian: Peraturan-peraturan berkahwin adalah berbeza di
antara Jabatan Agama Negeri berlainan. Pastikan anda
menyemak dahulu dengan Jabatan Agama berdekatan. Panduan di
bawah ini sebagai rujukan anda sahaja

a) Kategori 1: Lelaki dan perempuan dari satu Negeri dan akan bernikah
berkahwin di Negeri yang sama. (Contoh: Lelaki dan perempuan dari
Kuala Lumpur dan akan bernikah di Kuala Lumpur)
b) Kategori 2: Lelaki dari Negeri berlainan dan akan bernikah di Negeri
tempat perempuan. (Contoh: Lelaki dari Kuala Lumpur, perempuan
dari Negeri Sembilan dan akan bernikah di Negeri Sembilan)
c) Kategori 3: Lelaki dan perempuan dari Negeri berlainan dan bernikah
di Negeri yang lain. (Contoh: Lelaki dari Kuala Lumpur, perempuan dari
Negeri Sembilan dan akan bernikah di Selangor)
d) Kategori 4: Berkahwin dengan warga asing

Kategori 2: Lelaki dari Negeri berlainan dan akan bernikah di
Negeri tempat perempuan. (Contoh: Lelaki dari Kuala Lumpur,
perempuan dari Negeri Sembilan dan akan bernikah di Negeri
Sembilan)
1. Dapatkan borang kebenaran berkahwin di Pejabat Agama Negeri
terdekat atau berjumpa dengan Imam Jurunikah di Masjid berdekatan
kariah anda. Satu borang untuk setiap seorang lelaki dan perempuan.
2. Pihak lelaki mengisi borang tersebut.
3. Dapatkan pengesahan bujang dari majikan. (lelaki)
4. Dapatkan pengesahan anak kariah dari Imam di masjid kariah anda.
(lelaki).
5. Hantarkan borang Permohonan lelaki ke Pejabat Agama Negeri dan
mohon ‘Kebenaran Nikah Luar Negeri’.
6. Pihak perempuan akan mengisi borang.
7. Kenal pasti wali anda dan penuhkan ruang untuk wali di dalam borang.
8. Pastikan salinan dokumen yang dikehendaki cukup.
9. Lampirkan bersama borang dari pihak lelaki yang lengkap diisi.
10. Hantar borang ke Pejabat Agama. Pejabat agama akan
menimbangkan permohonan anda. Jika tidak diluluskan, Pejabat
Agama akan menghubungi anda untuk menyelesaikan masalah yang
ada.
11. Jika diluluskan, simpan Kebenaran Perkahwinan anda di tempat yang
selamat. Imam Jurunikah akan menyemaknya sebelum upacara
pernikahan anda.

0 comments:

 
template by suckmylolly.com